Kerana engkau badut yang dibayar
untuk mewayangkan orang
soal maruah bangsa yang kausebut
seperti muntah seorang pelacur
yang mual dan berlendir
Setelah engkau dibayar
oleh tuanmu yang sudah berkira-kira
menjadi tauke panggung nanti
engkau pun terlompat-lompat
ke sana ke sini dan berkata
"hei penonton, siapa yang bodoh?"
Wednesday, February 04, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Cikgu, puisi yang ni, dah hantar kat mana pulak???
Salam AZURA,
Amboiii...! Bisa berbisa jugak komen kali ni! Puisi ni saya cadang nak hantar ke DUN Perak!
Alaahaii...melepasss lagiilaa aku!
Post a Comment