AYAT YANG SALAH
1. *Kawasan penempatan di pinggir pantai itu musnah dilanda tsunami baru-baru ini.
2. *Petempatan pendatang tanpa izin telah disediakan sementara menunggu penghantaran pulang ke negara masing-masing.
Huraian:
Kedua-dua ayat di atas salah penggunaannya. Petempatan bermaksud “kawasan yang baharu dibuka untuk didiami orang”, manakala penempatan bermaksud “perihal menempatkan”.
AYAT YANG BETUL
a) Kawasan petempatan di pinggir pantai itu musnah dilanda tsunami baru-baru
ini.
b) Penempatan pendatang tanpa izin telah disediakan sementara menunggu
penghantaran pulang ke negara masing-masing.
GUNAKAN BAHASA MELAYU DENGAN BETUL
Wednesday, February 04, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tuan Azhar,
a. Selamat kembali bertugas buat tuan selepas seminggu bercuti. Moga Tuan Azhar sekeluarga sihat dan bahagia didoakan.
b. Tuan, entri terbaharu yang dipaparkan berjudul KEWANGAN: TEMU BUAL DENGAN DR. FADZILLAH KAMSAH walaupun ringkas tetapi mempunyai makna dan panduan berguna. Terima kasih buat Tuan Azhar kerana hari demi hari membuka minda saya.
c. Tuan, sekadar ingin memperoleh beberapa contoh ayat (selain daripada maksud perkataan di bawah) daripada tuan tentang penggunaan perkataan PERLAKSANAAN dan PELAKSANAAN? Di bawah ini saya kutip maksud perkataan tersebut yang terkandung dalam Kamus Dewan Edisi IV:
perlaksanaan - hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Malaysia Ketiga;
pelaksanaan - perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan;
d. Terakhirnya, tahniah buat tuan kerana semakin ramai yang memantau, membaca dan memberikan komen dalam blog WITRA ini.
Sekian dan Selamat Tengah Malam. Terima kasih.
Daripada:
INSAN YANG SEDAR DIRI UPAYA WANG YANG ADA DALAM DIRI.
Saudara INSAN YANG SEDAR DIRI UPAYA WANG YANG ADA DALAM DIRI,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan "selamat kembali bertugas". Tentang entri temu bual itu, memang saudara pun sedar bahawa sekiranya saya ada bahan untuk dikongsi tentang pengurusan dan kesedaran kewangan, saya pasti tidak akan mencicirkannya utk dimasukkan ke dalam blog ini, kerana seperti yang selalu saya nyatakan, jikalau bahan atau artikel itu tidak dapat merobah saudara dan pembaca, sekurang-kurangnya perkara itu dapat merobah kesedaran saya.
Berkaitan dengan perkataan "perlaksaan" dan "pelaksanaan", hal ini masih menjadi isu dan perdebatan dalam kalangan ahli bahasa. Terdapat percanggahan antara TD dengan KD. Dalam TD, bentuk "perlaksanaan" dianggap tidak menepati rumus. Rumusnya ialah, kata terbitan seperti "perlaksanaan" itu mestilah terhasil daripada bentuk kata kerja transitifnya, iaitu "proses atau perihal melantik". Oleh sebab tidak wujud bentuk "berlantik" maka tidak wujudlah (sepatutnya) bentuk "perlaksanaan", kerana yang ada hanya "melantik", bukannya "berlantik". Itulah rumus yang digunakan dan disepakati oleh panel TD dan ahli bahasa. Sama juga halnya dengan pelantikan. Oleh sebab tidak ada bentuk "berlantik", tidak ada bentuk "perlantikan". Yang ada ialah bentuk "melantik", maka yang betul ialah "pelantikan".
Yang ingin saya timbulkan di sini ialah tiadanya keselarasan dan kesepakatan antara panel TD dengan panel KD. Sewajarnya hal ini perlu diatasi untuk memelihara keupayaan bahasa sebagai bentuk wacana yang berkesan dan terpelihara. Dalam ceramah saya, saya sering mengingatkan peserta saya bahawa jikalau perkataan yang terdapat dalam KD bercanggah dengan TD, maka sepatutnya digunakan bentuk yang digunakan oleh TD, kerana TD mementingkan rumus dan hukum, manakala KD lebih cenderung memasukkan bentuk yang digunakan oleh masyarakat (korpus) tanpa pertimbangan yang rigid soal ketepatan.
Oleh itu, saya menasihati saudara untuk menggunakan bentuk "pelaksanaan" dan bukannya "perlaksanaan", berdasarkan huraian di atas.
Terima kasih kerana terus menyokong dan TERUS LAYAN!
Tuan Azhar,
a. Berbanyak terima kasih atas pemakluman tentang penggunaan kata PELAKSANAAN dan PERLAKSANAAN tersebut. Cuma nak bertanya, apakah TD dan KD (hehehe... gurau aja...) itu macam nama kapal di Lumut, Perak bunyinya itu...
b. Sempena hari Jumaat yang mulia ini... sekadar ingin berkongsi petikan artikel khas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang juga diselitkan juga ayat Al-Quran iaitu:
(6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).
Wallahua’lam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.)
c. Sempena hari Jumaat yang mulia ini... sekadar ingin berkongsi petikan komen pengunjung yang dikutip dalam 'dreambook.com' PEJABAT DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN yang juga diselitkan juga ayat Al-Quran iaitu:
(Name: Concerned
Comments: Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Daulat Tuanku,
Allah telah berfirman,
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Saya beserta ramai lagi rakyat Tuanku yang lain berasa sangat kuwatir Tuanku telah menerima nasihat yang salah dari orang yang bersalah hingga mendorong Tuanku membuat keputusan yang akan membawa mala petaka kepada rakyat Tuanku sendiri kelak.
Kepada Allah kami kembalikan urusan ini dan kepadaNya lah kami berserah.
Thursday, February 5th 2009 - 04:34:36 PM)
d. Maaf ya Tuan Azhar atas kutipan di atas, sekadar ingin berkongsi maklumat dengan tuan, jika tidak bersesuaian tuan bolehlah hilangkan atau padamkan catatan saya ini.
Sekian. Terima kasih.
Daripada:
INSAN YANG SEDAR DIRI UPAYA WANG YANG ADA DALAM DIRI.
Post a Comment