Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sessi 2007-2009
Sejarah bagi Markaz Tarbiah Taman Melewar kerana 1hb Feb 2009 Ahad malam Isnin telah dikunjungi oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Beliau hadir bersama dengan Jawatankuasa Bertindak Masukhkan Pengajaran dan Pembelajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris anjuran Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan.
Turut berceramah pada malam itu ialah Tuan Haji Mohd Sabu (Naib Presiden Pas), Hanifa Maidin (Ajk Pas Pusat), Tuan Haji Mohd Nor Mohammad (Pesuruhjaya WP), Prof Dr Shahrir Mohd Zin (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Masukhkan Pengajaran dan Pembelajaran Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris), Prof Dr Abdullah Hassan (UPSI) dan saya sebagai pengerusi majlis.
Sejarah juga pada malam itu kehadiran orang melimpah keluar dewan Markaz tarbiah, kerana kebiasaannya kalau ceramah yang bersifat akademik seperti begini kehadiran hanya dalam lingkungan 200 orang sahaja. Ini satu perkembangan yang baru dalam politik Malaysia yang sudah mula sedar dan semangat untuk tolak BN masih membara.
Inilah pertama kali saya dapat bertemu dengan beliau secara dekat, selama ini saya hanya membaca karangan beliau sahaja sewaktu di alam persekolahan dalam pelajaran sastera. Betapa sayu malam itu beliau turut mendeklamasikan sajak “Aku seorang tuaâ€. Isinya amat menyayatkan hati bagaimana bahayanya satu bangsa dan negara apabila bahasa ibunda di ketepikan.
Daripada hujah tokoh-tokoh akademik yang hebat pada malam itu dengan fakta dan kajian, memang wajib kerajaan kena ubah dasar ini kepada bahasa ibunda.
Kenapa pemimpin kerajaan pekak badak sampai tidak mahu dengar rayuan dan bantahan daripada golongan ini. Kalau pihak pembangkang bantah adalah munasahabah kerajaan tidak mahu terima. Sedangkan ini adalah suara hati daripada mereka yang kebanyakan tidak berpolitik dan tahu tentang bahayanya dasar ini.
Rujuklah semula dasar ini tanpa takut kepada bayang Tun Dr Mahathir, dia bukan ada kuasa lagi. Kalau dasar ini dibuat dengan tergesa-gesa tanpa kajian kenapa sekarang kerajaan tidak berani kembali kepada bahasa ibunda dengan segera setelah kajian dan pandangan yang diluahkan oleh golongan cerdik pandai ini. Ini perlu ada keberanian macam Tun Dr Mahathir yang berani buat walaupun ada tentangan.
Kita tahu bahawa dasar yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian, ia hanya dibincang dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno sahaja. Mereka yang zero IQ inilah yang meluluskan dasar yang mengorbankan pendidikan anak-anak kita pada masa depan. Sedangkan waktu kerajaan hendak melaksanakan sepenuhnya bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Universiti pada tahun 1984 dibuat dengan kajian yang lama. Kenapa apabila dasar ini hendak ditukar ia dibuat seperti masak mee maggi sahaja.
Pastinya projek ini hanya untuk mengkayakan kroni kerana telah memakan duit rakyat sebanyak 2.1B untuk ICT sahaja. Siapa yang bolot projek ini, tepuk dada tanya Tun Dr Mahathir.
Perlu ditegaskan bahawa jawatankuasa ini bukan menentang bahasa Inggeris, yang ditentang ialah Metematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris.
Kalau golongan sasterawan negara dan tokoh akademik sudah beranai turun ke padang bersama rakayat untuk menentang dasar ini, maka ini adalah satu perkembangan yang cukup baik. Maka satu perubahan lanskap politik negara akan berubah dan mempercepatkan kita menghantar UMNO/BN ke sakaratul maut.
Maka Pas yang daripada dulu lagi kita menentang dasar ini akan membantu 200 peratus jawatankuasa ini. Ayuh jangan lupa kita turun ke himpunan 100 ribu pada 7hb Mac 2009 untuk menghantar memo kepada Yang Dipertuan Agong sebagai payung rakyat. Kita berjanji kalau Pakatan Rakyat diberikan mandat maka kita akan ubah balik dasar ini selepas PRU 13 insyaAllah.
* Terima kasih saudara RAR atas sumbangan artikel ini.
2 comments:
Cikgu,
1. Hari ini (2 Februari 2009) saya sempat membaca (3-4 kali diulang bacanya) dan menonton media yang menyiarkan berita dan tulisan 'propaganda' tentang tidak perlunya GMP, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik menggerakkan PERHIMPUNAN UNTUK MEMBANTAH PPSMI seperti di bawah:
i. Dalam akhbar Utusan Malaysia (ruangan Forum) berjuduL PPSMI: GURU DAN GAPENA. Kononnya dikirim tulisan ini oleh seorang GURU PEDALAMAN SARAWAK.
ii. Manakala dalam ruangan berita Utusan Malaysia (halaman 6) berjudul PPSMI: GUNAKAN SALURAN SAH (Demonstrasi jalanan bukan cara menyuarakan pandangan). Mengutip kata Sang Menteri... "Ini berhubung kait dengan masa depan anak-anak kita, tak kan nak putuskan dengan protes dan demonstrasi di tepi jalan." Dikutip lagi dalam berita ini... "Hishammuddin turut membidas GMP yang dilihat tidak sabar mendesak mendesak kerajaan membuat keputusan segera mengenai dasar berkenaan."
iii. Dalam Buletin Utama TV3 (dalam pukul 8.20 malam), dikhabarkan melalui kenyataan media oleh Pengerusi GPMS, Reezal Merican turut membidas GMP dalam hal ini. Demonstrasi jalanan bukan jalan untuk menyelesaikannya... berilah peluang kepada pihak Kementerian... bla... bla...
2. Saya tidak hairan dengan pelbagai kenyataan media sama ada daripada Sang Penguasa (Sang Menteri dan kuncu-kuncunya) serta beberapa badan NGO yang menyokong PPSMI, cuma yang agak 'lucunya' membaca tulisan GURU PEDALAMAN SARAWAK ini.
3. Makanya..., saya rasa GMP harus lebih giat ke hadapan demi menangkis 2-3 propaganda sebegini. BERJUANG TETAP BERJUANG... ya seperti kata SN A. Samad Said: "Jika masih gagal (GMP), ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir. Gunalah undi secara bijaksana."
Sekian.
rar/
Salam RAR,
Saya melihat isu PPSMI ini makin bertentangan antara dua pihak; satu pihak pro dan datu pihak lagi kontra. Namun demikian, saya jarang-jarang melihat atau membaca hujah drpd pihak yg pro ini. Jelas sekali, mereka dalam keadaan menegakkan benang yang basah. Lihatlah kenyataan membodek GPMS; "GPMS melihat PPSMI tidak terlalu menguntungkan pelajar" - TV3. Mengapa digunakan perkataan "tidak terlalu"; jelas sekali pemimpin seperti itu (yg terlalu banyak) bacul kerana tahu yang benar, tetapi menyembunyikannya. Mereka munafik! Berlindung di balik kata-kata agar Sang Penguasa berasa berada di dalam zon selesa; yakni pertubuhan bangsa Melayu menyokong dasar mereka. Golongan munafik ini perlu ditentang. Yang pastinya, jikalau bangsa Melayu sedar dan berfikir secara rasional, mereka tidak sama sekali boleh diangkat sebagai pemimpin. Sebab itulah, kenyataan A. Samad Said perlu direnungi sedalam-dalamnya. Jikalau GMP gagal, gunakan cara yang lain utk menyedarkan pemimpin Melayu ini dengan memanfaatkan undi semasa pilihan raya. Saya percaya bahawa jatuhkan pemimpin yang munafik bukanlah usaha utk menjatuhkan bangsa Melayu!
Post a Comment