Thursday, January 01, 2009

FOTO-FOTO KENANGAN 2008

Kepada pengunjung blog, doakanlah ayah saya yang terlantar ini (akibat strok) agar diberi rahmat dan keredaan Allah agar beliau kembali sembuh...Doa kalian, biarpun sebaris ayat sudah cukup bagi saya sebagai suatu ikhtiar.
Bergambar di rumah ibu bapa saya di Pulau Pinang semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Suria, Layla Witra, Nurwahyu Witra, dan Harith Zarwitra, hidup ini berpaksikan inspirasi daripada kalian!

Memohon maaf daripada insan yang melahirkan saya ke dunia fana. Mak, ampunkanlah dosa anakmu ini dari hujung rambut hingga hujung kaki. Foto dirakamkan semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu di kampung halaman.

Di Kebun Bunga, Pulau Pinang (Dis 08) - Satu keistimewaan yang terdapat di sini, selain beruk, ialah aiskrim yang dijual di pintu masuk. Aiskrim itu disalut kacang tumbuk, yang jarang-jarang dapat saya lihat di tempat lain. Lihatlah betapa berseleranya anak-beranak ini menjamah dan mempamerkannya!

Di Kebun Bunga, Pulau Pinang (Dis 08) - Lokasi ini saya kunjungi sejak saya kecil, seusia anak bongsu saya kerana saya masih ingat, jikalau orang kampung atau sekolah mengadakan lawatan, inilah tempat yang wajib dikunjungi.

Di hotel penginapan, Port Dickson (Isteri dan anak-anak kesayangan hamba memperlihatkan aksi masing-masing)

Di Tasik Melati, Perlis. Sekadar jalan-jalan semasa balik ke kampung isteri di Kedah. Lazimnya, Perlis akan kami kunjungi untuk menikmati ikan bakar di Kuala Perlis (berada di kampung menggemukkan aku!)

Di Teluk Giam, Pulau Pangkor, Perak. (Jika tidak pergi ke teluk ini, saya dapat berasakan bahawa Pulau Pangkor bukanlah destinasi yang menarik!)

Di pekarangan Kellie Castle, Perak (latar belakang imej beruang memeluk pokok)

Layla Witra di sisi pokok bunga di ladang bunga.









Nurwahyu Witra dan adiknya.









Isteri tercinta sedang menikmati secawan teh di ladang Boh. Harith Zarwitra menemani ibunya sambil mengunyah karipap.


Harith Zarwitra di kebun bunga, Cameron Highland









7 comments:

Anonymous said...

Cikgu,

1. Mana foto-foto kenangan 'rasmi dan tidak rasmi' dalam hal berkait tentang DBPWS...? Hehehe...

2. Foto-foto yang terkandung ini menarik terutama yang berkait tentang P. Pinang. (Ahh.. aku ni sering juga bicara tentang P. Pinang, kenapa? ada sesuatu bernama cinta ke di sana? Ya memang aku suka P. Pinang kerana tempat-tempatnya...)

Sekian.

rar/

Azhar Salleh said...

Saudara RAR,
Foto-foto kenangan berkaitan DBPWS tidak dilupakan. Akan saya masukkan nanti. DBPWS dan stafnya ada nilai sentimental yang tersendiri. Pasti akan menjadi fokus foto dalam blog ini. Terima kasih kerana mengingatkan insan ini. Sahih! P.Pinang harus menjadi pilihan destinasi yg perlu sering dikunjungi kerana tempat dan makanannya, terutama pasembur, nasi kandar, char kuetiau, dan laksa! Saya sendiri pun, duduk di rantau orang ni walaupun sudah hampir 14 tahun, namun nasi kandar tetap melitari nafsu!

Zaid Akhtar said...

Salam.
Wah, template baru. Dah lama tak ke sini kerna 'sibuk hujung tahun'. Tahniah, Tuan Azhar.

Tuan RAR,
ada cinta tertinggal di Penangkah?
:-)

Anonymous said...

Cikgu, gambar-gambar ini mengingatkan saya pada kenangan silam (sebahagian zaman remaja saya di sana - USM). Masih adakah lagi Medan Ikan Bakar tu??? Aduhaiii...rindunya ikan bakar tu! Saya dan teman sekampus pernah ke Medan Ikan Bakar tu, semata-mata nak makan ikan bakar. Punyalah jauh...dari Minden ke Perlis!

Anonymous said...

Cikgu, berubatlah dengan Mak Neng yang saya syorkan tu. Insya-Allah tidak mengecewakan. Usahalah, selebihnya tawakal kpd Allah.

Anonymous said...

terpegun dan terkesima chu membaca blog ard tu.

Unknown said...

Saya seorang pemberi pinjaman pinjaman berdaftar dari Persekutuan Rusia, saya memberi pinjaman kepada perniagaan dan individu ke seluruh dunia dengan kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%. Sekiranya anda telah menolak pinjaman oleh institusi kewangan bank untuk satu atau lebih sebab atau Adakah anda meminjam kewangan mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar dan usaha modal? Anda berada di tempat yang tepat untuk Penyelesaian pinjaman anda Jika anda berminat dengan tawaran pinjaman, sila hubungi kami di Persekutuan Rusia melalui e-mel: chrisrichardloanfirm@hotmail.com melalui Whats App Number +1 (845) 731 5341