Salam penuh hikmah kepada semua pengunjung blog dan rakan-rakan,
Saya dan keluarga akan bercuti ke Pahang dan Terengganu, mulai esok (Isnin). Saya dijangka akan pulang ke JB pada hari Jumaat. Oleh itu, saya berharap agar pengunjung blog atau rakan-rakan yang dapat memberikan info tentang tempat menarik di Pahang dan Terengganu, silalah catat pada bahagian komen. Info daripada tuan-tuan amat diharapkan kerana saya ke sana tanpa ada apa-apa perancangan lagi. Dan info tuan-tuan diharapkan dapat membantu saya sedikit sebanyak. Lap top ini (berserta kemudahan broadband Internet) akan saya bawa bersama.
Doakan saya dan keluarga selamat selama percutian ini. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Dan satu lagi, blog WITRA tetap akan beroperasi seperti biasa! Terus Layan!
Monday, January 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Cikgu,
1. Terima kasih atas motivasi dan pandangan berkualiti dan berfalsafah yang disampaikan tentang perkara MOMENTUM HILANG @ LARI dalam entri 'TATABAHASA: PELAKUAN ATAU PERLAKUAN'. Satu pandangan yang amat baik untuk difikir serta yang penting untuk bertindak!
2. Terima kasih atas jawapan tentang penggunaan perkataan 'PELIBATAN ATAU PENGLIBATAN'. Satu jawapan lengkap dan mutlak tanpa ragu lagi.
3. Semalam dalam akhbar Sang Menteri merayu (sedangkan bukan merayu tetapi lebih kepada alasan klise...!) agar penentang-penentang PPSMI bersabar dengan hal yang bakal dilakukan oleh Kementeriannya untuk memutuskan hal ini. Kononnya menerima semua pandangan hasil keluhan dan persidangan meja bulat (meja bulat? kenapa tidak meja bujur... apa jua meja dengar khabarnya hampir 80% dihadiri puak-puak yang pertahankan PPSMI? betul ke?).
4. Tentang lawatan cikgu ke Pahang dan Terengganu sepanjang minggu ini, saya cadangkan jika di Pahang (bukankah cikgu dah ada pengalaman bercuti di Pahang 1-2 tahun yang lepas?) antaranya:
i. Sekitar Bandar Kuantan - banyak hotel di bandar serta terdapat juga hotel-hotel disekitar Teluk Cempedak. Di Kuantan seperti biasa hanyalah sebuah bandar yang pesat membangun, boleh juga jalan-jalan ke luar Kuantan iaitu ke Pekan Bandar Diraja (perjalanan pergi ke sana dalam 30 - 40 minit dari Kuantan). Pantai Teluk Cempedak agak menarik tetapi cuti panjang sebegini pengunjung ramai@sesak sikit. Hotel Vistana Kuantan (di tepi jalan menuju ke Teluk Cempedak) juga tempat penginapan yang sesuai.
ii. Cherating satu kawasan pantai yang panjang, banyak hotel dan resort di sana. Saya rasa dari Pantai Balok hingga ke sempadan Terengganu (nak masuk Kemaman) banyak sangat hotel dan resort sama ada berbintang atau tiada bintang.
iii. Kuantan agak terbatas tempat menarik kecuali ke sekitar Cherating dan Teluk Cempedak. Maka maklumat yang dapat diberikan untuk Kuantan juga agak terbatas cikgu.
iv. Oleh kerana cikgu dalam perjalanan bercuti di Pahang lalu ke Terengganu (pastinya cikgu ikut jalan pantai), maka hanya Kuantan dan Cherating yang dapat diberikan sedikit dalam pengetahuan infomasinya ya... Apa-apapun cikgu boleh hubungi @ telefon saya bila-bila masa sahaja untuk info secara langsung ya..
5. Tahniah buat cikgu kerana sudi bercuti ke Trg khasnya nak menuju ke K. Trg. K. Trg tetap membanggakan majoriti rakyat Malaysia ya... tempat dan bukti puak-puak penyanjung PPSMI TERMASUK SANG MENTERINYA KECUNDANG TERUK SETELAH BANYAK CAKAP BESAR @ BESAR KEPALA @ KEPALA BATU @ BATU API EGO @ EGO YANG DALAM... KATA AKAN MENANG MUDAH DENGAN HAMBURAN WANG@PEMBANGUNAN KONONNYA. Tentang di Trg, banyak info boleh diberikan tetapi rasanya boleh cikgu hubungi saya dari semasa ke semasa dan bila-bila masa sahaja untuk saya bantu cikgu. Melalui tulisan dalam blog ini mungkin agak terbatas cikgu ya.. Bermula dari daerah Kemaman ke Dungun ke Marang ke K. Trg (dari Kemaman hingga ke K. Trg ambil masa lebih kurang dalam 2 jam perjalanan), banyak tempat menarik boleh dilawati dengan suasana alam yang menarik.. !
6. Apa-apapun cikgu boleh hubungi saya untuk info semasa ke semasa dalam perjalanan cikgu tu.. walau saya kini 'dicutikan', namun "WITRA TETAP MENJADI PUJAAN HATIKU...!"
Sekian.
rar/
Wa..waa..waa...berjalan sakan. Mentang-mentang cuti panjang...Ni yang seronoknya kalau suami isteri mempunyai kerjaya yang sama.
Selamat 'cuti-cuti Malaysia' laa,cikgu.
Salam RAR,
Info anda amat bermanfaat untuk saya. terima kasih banyak2. saya akan telefon jika perlukan bantuan.
Salam Azura,
Kadang-kadang kena rehatkan fikiran juga. Bawa keluarga melancong merupakan satu cara untuk mengumpulkan inspirasi dan motivasi.
kanda azhar, dinda menunggu gambar2 menarik percutian di pantai timur.he.
penulisjohor.blogspot.com
what da fuck
Post a Comment