Saturday, January 03, 2009

KEKEJAMAN ISRAEL: BERDOALAH KITA...

Petang tadi, saya menerima satu sms daripada seorang rakan. Sms yang dihantar ditulis begini:
tolong bacakan.Lailahaillallah, allahuakbar & surah al-ikhlas 3x, utk masjid Aqsa yg sdg dikepung oleh israel.smskan kpd 10 orang rakan anda. AMANAH.
Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya bangsa laknat Israel diturunkan bala seberat-beratnya daripada Allah. Orang Islam sudah tidak mampu lagi melawan, sudah tidak berdaya lagi...
Akhirnya, doa kita itulah senjata. Ya Allah, Engkau selamatkan rakyat Palestin!
Saya percaya bahawa doa daripada umat Islam di seluruh dunia akan makbul jua...
Dan akhir sekali, apa lagi yang dapat kita lakukan!

4 comments:

Anonymous said...

Cikgu,

1. Semememangnya kita sama-sama doakan dan bacakan seperti yang dimaksudkan itu.

2. Bagaimana pula 'kekejaman dan kezaliman puak tertentu' terhadap bahasa Melayu? Ini juga roh dan jiwa yang tidak boleh direka dan dicipta melalui 'angka dan peratus' yang berkait tentang nasib bahasa Melayu...!

Sekian.

rar/

Anonymous said...

Salam cikgu Azhar. Lama tidak mendengar khabar. Rindu juga saat-saat kita dahulu. Masakan sya dapat melupakan guru puisi saya yang pertama. Guru yang mengajarkan saya membaris aksara dan kata, menyusun rima dan metafora, dan langsung menjadikan saya mencintainya. Terima kasih di atas perhatian dan dorongan. Saya masih berpegang kepada nasihat-nasihat cikgu dahulu. "Menulis itu satu amanah". Doakan kita sama-sama dikurniakan kesejahteraan, dan doakan juga semoga saudara-saudara kita di bumi bergolak sana sentiasa dilindungi rahmatNya. Mudah-mudahan.

Anonymous said...

Tak sanggup rasanya menatap akhbar yang saban hari menghidangkan juadah sadis, derita, tangisan dan darah anak bumi Palestin. Doakan rahmat untuk mereka...Allahuakhbar!!!

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Saya percaya bahawa perjuangan memartabatkan BM tidak akan pudar selagi kita bersuara dan menentang dasar penjajah itu! Namun, kita sudah tidak berdaya! Itulah hakikatnya. Siapa lagi dapat menafikan bahawa orang Melayu golongan marhaen seperti kita sudah tidak berdaya. Lantas, kita perlu menggunakan segala sumber yang ada utk menentangnya. Ya, apakah sumber yang ada itu? Pangkah!

Salam saudara Zulfazlan,
Cikgu sentiasa mengingati saudara Zul, yang kini semakin matang meniti kedewasaan. Terima kasih kerana melawati blog cikgu. Ya Zul, marilah kita sama-sama berdoa agar kita beroleh kesejahteraan drpd Allah, dan Allah menghancurkan bangsa laknat Israel itu. Harap-harap Zul terus mara dalam bidang penulisan...

Salam Azura,
Apabila saya menatap gambar kanak-kanak Palestin yg berlumuran darah, terus terang saya katakan bahawa hati saya menangis kerana saya ada anak seusia mereka!
Celakalah bangsa Israel!
Ya Allah, turunkanlah bala kepada setan-setan itu!