Tuesday, January 06, 2009

KEWANGAN: STRATEGI PERTAHANAN # 2

KAD KREDIT: ANTARA HUJUNG DUNIA DENGAN HUJUNG PEDANG!

1. Saya perlu mengakui bahawa telah banyak lontaran soalan dan pandangan daripada rakan-rakan kepada saya (khususnya tentang kewangan). Tuan-tuan, saudara menjadi Inspirasi Taming Sari! Ya, saya akan terus memberikan pandangan demi kita bersama. Terus layan!
2. Wah, rockers nampak! Saya terdengar saudara berkata.
3. Maaf tuan-tuan, saya selalu tersasar! Tolong ingatkan saya jika saya tersasul lagi kerana topik kali ini tentang kad kredit. Ada rakan blog bertanyakan hal ini kepada saya. Malam ini saya akan menjawab persoalan tentang kad kredit. Sudah pasti, saya akan mengupasnya dari sudut pro dan kontra. Baiklah, mari kita bermula...
4. Ada juga soalan tentang saham koperasi. Eh, tok guru, anda tersasul lagi ka?
5. Mak aiii, sekali lagi, maaf! Sekejap, saya ingin memahami topik ini dahulu, ok?
6. Kita akan berjumpa sekejap lagi...Cih! Potong stim betul!

3 comments:

Anonymous said...

Tuan Azhar,

a. Saya menunggu jawapan tuan, saya ada kemukakan dua (2) pertanyaan sebelum ini, bila tuan hendak memberikan jawapan dan pandangan itu... Apa-apapun tuan tetap menjadi 'Idola Kewangan' yang mungkin mengubah pandangan saya seorang 'insan kecil yang tidak mahu jadi jutawan tetapi hanya sekadar mungkin nak jadi puluhan @ ratusan ribu RM sahaja satu masa nanti'

b. Mungkin tuan sibuk kini, Ya! saya faham kerana minggu awal persekolahan, apatah lagi SKTJJ3 ada tersiar dalam sebuah majalah! Paling tidakpun SKTJJ3 sudah terkenal melalui majalah tersebut!

c. Idea Tuan memang ditunggu-tunggu sehingga saya tidak dapat lelap tidurnya (kerana menonton perlawanan bola sepak secara langsung pukul 2 - 5 pagi...). Jawapan tuan ditagih kerana saya kini 'ketagih nasi kandar / laksa Penang / pasembor'.

Sekian.

Daripada:
INSAN KECIL BIASA YANG SEDAR DIRI TENTANG UPAYA KEWANGAN DIRI YANG ADA.

Anonymous said...

Anda membuang masa saya...apatah lagi saya telah membacanya hingga ke nokhta terakhir. Namun, saya masih setia menanti bicara tentang credit card pd masa akan datang.

Azhar Salleh said...

Saudara RAR dan Azura yang amat saya hormati,
Entah mengapa dalam minggu ini fikiran saya agak terganggu dengan pelbagai situasi, khususnya tentang penyembelihan di Palestin. Saya tidak pernah berasa sedemikian dan perasaan itu sentiasa mengalir dalam urat nafas hingga bicara tentang kad kredit ini terpaksa tertangguh. Walau apapun, terima kasih atas SOKONGAN anda! Saya akan membicarakannya sehari dua lagi...Mohon maaf banyak-banyak! Terus layan!