Thursday, January 15, 2009

MALAM GELISAH

Entah mengapa, akhir-akhir ini saya sering mendengar dan menyanyikan lagu "Malam Gelisah" seorang diri. Lagu ini selalu saya dengar semasa memandu kereta. Lagu yang terdapat dalam album "Double Trouble" nyanyian kumpulan Wings ini memang otai! Saya perturunkan lirik lagu ini. Lirik lagu ini ditulis oleh arwah Loloq dan pastinya, jikalau dihayati lirik dan lagu ini, saya percaya ada sesuatu makna yang tersirat. Terus layan!

MALAM GELISAH

Malam ini malam gelisah
terhantuk bendul bagai memberi petanda
aku mesti melangkah pergi mencari
penawar jampi petua pelindung sakti

Semua yang berlaku
aku dah menjangka
akibat melangkah garisan merah
melawan arus putaran dunia yang rakus
seluruh tubuh terasa terbakar (terbakar)

Luar kedinginan dalam bahang menyala
kalaulah ada pilihan
antara hidup dan mati
aku pilih mati
jauh dari bencana hidup

Malam ini malam gelisah
untuk yang berwajah-wajah
dan kalau aku temui penawar dukaku
aku dedikasikan malam ini
untuk manusia seperti aku!

6 comments:

Anonymous said...

Cikgu,

1. Lirik dan melodi lagu 'zaman itu', ya.. atau lebih tepat zaman kita muda sekolah menengah atas @ baru lepas sekolah sememangnya indah dan menarik.

2. Berkenaan lagu-lagu 'zaman itu' Ini bukan cerita berkenaan nostalgia tetapi ini lebih menekankan konsep sesebuah lagu itu meninggalkan kesan motivasi atau semangat yang besar, itulah MAKNA TERSIRAT yang terkesan di hati dan minda.

3. Teruskan menurunkan lirik-lirik yang bukan hanya indah tetapi ada MAKNA TERSIRAT dalam blog cikgu ini, tahniah.

Sekian.

rar/

Azura said...

Peerrgghhh!!! You rock bro! Layaaannn...

Azhar Salleh said...

Yeaahhhh...RAR dan Azura!
Hidup ini tidak seharusnya dibuai oleh lagu-lagu Krisdayanti atau "angguk-angguk geleng-geleng" sahaja!
Yang penting, walaupun sudah otai, metal tetap metal!
Betulkah Cikgu Azhar kaki metal? Macam tak percaya je!
Tak percaya? Terusss...layan!

Zaid Akhtar said...

Tuan,
Rock kapak ke hinggut ni?
Mmg kita membesar dengan lagu2 seperti itu dulu.

Azhar Salleh said...

Salam saudara Zaid,
Rock kapak dan rock hinggut sinonim dengan rock baju matahari (Loudness)! Heavy Chain, Holy Diver, 2 Minutes To Midnight, Ride The Lightning,dan pastinya, tidak lupa juga Musnah, Meniti Titian Usang, Inspirasi Taming Sari, Musafir, Hakikat Perjuangan, Grafiti, akan sentiasa menyalakan obor metal kapak!

Bidadari Syurga said...

Waaadduhhh!!! Gawat dong, bila munsyi kepala batu (rock)! Hehehe