Thursday, January 01, 2009

SELAMAT TAHUN BAHARU 2009

Khas kepada pengunjung blog WITRA ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2009 dan mudah-mudahan, saudara akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam melaksanakan apa-apa jua tanggungjawab dan amanah yang terpikul. Saya juga berharap agar pada tahun 2009 ini, Allah akan merahmati kita semua dengan limpahan kasih sayang-Nya dan kita senantiasa berasa tenang dan yakin untuk menjadi KHALIFAH YANG MENCARI MAKNA REALITI DALAM TEMPIAS HALUSINASI!

Kepada pejuang bahasa, teruskanlah perjuangan ini. Saya percaya perjuangan ini akan mengalami kesulitan yang lebih hebat selepas ini, namun kita haruslah membulatkan tekad untuk terus mengembalikan maruah bangsa dan bahasa.

2008 yang kita tinggalkan pasti tidak berulang lagi, dan 2009 yang telah menjengah akan melakarkan suatu perjalanan yang lebih panjang...

Ya, lebih panjang...

2 comments:

Anonymous said...

Cikgu,

1. Semoga angan-angan dan cita-cita dimantapkan dengan usaha yang kuat serta terancang mengikut upaya yang ada dalam diri.

2. Teruskan menulis (sama ada aspek bahasa dan sastera, pengurusan kewangan, dan pelbagai grafiti lain) dalam blog ini untuk manfaat para pembaca.

3. Jika dapat masukkan juga hal-hal lain (jika berkesempatan) contohnya tentang perkembangan sosial - politik secara umum serta perkembangan umum negeri Johor (tempat kita meraih rezeki kini).

Sekian.

rar/

Azhar Salleh said...

Saudara RAR,
Pertama sekali, terima kasih kerana saudara menjadi pengunjung paling setia sejak blog ini diaktifkan. Saya akan terus menulis kerana saya mendapat dorongan yang padu daripada rakan-rakan blog. Tentang cadang saudara agar saya menulis tentang perkembangan sosial, politk, dan perkembangan negeri Johor, insya-Allah, saya akan cuba memikirkan artikel yang sesuai dan fokus yang menarik. Terima kasih atas cadangan itu. Cadangan itu akan cuba direalisasikan.